March 5, 2013

Bab 12 : penggulungan syarikat



Bab 12 : penggulungan syarikat

12.0 pengenalan

Suatu proses di mana sesebuah syarikat dibubarkan dikenali sebagai penggulungan atau pembubaran syarikat. Apabila sesebuah syarikat itu digulung atau dibubarkan, perniagaannya akan diberhentikan, harta benda akan dijual, pemiutang2 akan dibayar dan akhirnya lebihan asset akan dibahagikan kepada ahli2. Pada waktu ini, syarikat sudah tidak lagi wujud.

Sek 211 memperuntukkan bahawa sesebuah syarikat itu boleh digulungkan samada : -
l   Oleh mahkamah
l   Secara sukarela

12.1 penggulungan syarikat oleh mahkamah

Penggulungan oleh mahkamah boleh dilakukan di atas petisyen seseorang yang letak atau mempunyai ‘locus standi’ untuk berbuat demikian seperti yang dinyatakan di dalam sek 217 (1). Petisyen ini pula mestilah berdasarkan di ant sebab2 sperti yang terkandung di dalam sek 218(1)

Sek 217(1) – sesebuah syarikat boleh digulung di bawah satu perintah mahkamah di atas petisyen (permohonan) :

Bab 11 : Pengarah



Bab 11 : Pengarah

11.0 pengenalan

Syarikat adalah entity perundangan yang mempunyai hak dan tanggungannya sendiri. Syarikat tidak mempunyai entity fizikal, pengurusannya adalah di tangan pengarah. Pengarah adalah sebagai pemegang amanah dan agen kepada syarikat. Kuasa yang diberikan kepada mereka adalah melalui memorandum, artikel atau akta sendiri. Mereka adalah agen kepada syarikat kerana syarikat berfungsi melalui mereka.

11.1 definisi pengarah

Sek 4 mentakrifkan pengarah sebagai mana2 orang yang menduduki pengarah perbadanan melalui apa2 pun nama yang dipanggil dan termasuklah seseorang mengikut mana2 arahan / perintah pengarah2 perbadanan tersebut lazim bertindak dan pengarah silih ganti atau pengarah ganti.

11.2 perlantikan pengarah

Sek 122 (1) – setiap syarikat hendaklah mempunyai sekurang2nya dua orang pengarah yang setiapnya prinsipalnya atau hanya tempat tinggal dalam limgkungan Malaysia.

Sek 122 (2) -  tiada seorang pun selain dari orang sebenar yang cukup umur yang boleh menjadi pengarah syarikat. Cukup umur untuk menjadi seorang pengarah di Malaysia ialah 21 tahun.

Sek 122 (3) – pengarah pertama syarikat hendaklah dinamakan di dalam memorandum dan artikel syarikat.

Cara2 perlantikan pengarah terdapat di dalam memorandum atau artikel syarikat. Selalunya dibuat oleh ahli2 syarikat melalui resolusi biasa yang diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan. Artikel persatuan juga boleh memberi kuasa kepada orang2 /  badan2 tertentu untuk melantik pengarah. Walau bagaimanapun artikel tidak dapat diikuti sekiranya itu bukanlah ahli melainkan satu kontrak telah dimasuki di luar artikel itu yang memberinya kuasa sedemikian rupa


Bab 10 : Mesyuarat



Bab 10 : Mesyuarat

10.0 Jenis-jenis mesyuarat

Terdapat 3 jenis mesyuarat iaitu : -

Ø  Mesyuarat berkanun (statutory meeting)
Ø  Mesyuarat agung tahunan (annual general meeting)
Ø  Mesyuarat agung luar biasa ( extraordinary general meeting)

*     Mesyurat berkanun

Hanya syarikat awam iaitu syarikat berhad dan mempunyai modal syer hendaklah mengadakan mesyuarat jenis ini. Mesyuarat ini hendaklah diadakan hanya sekali, iaitu pada permulaan hayat sesebuah syarikat itu. Ini diperuntukan di dalam Sek 142 (1) Akta Syarikat

  • Bilakah sesebuah syarikat itu boleh memanggil mesyuarat ini?

Syarikar boleh memanggil mesyuarat ini di dalam satu tempoh yang tidak kurang daripada satu bulan tetapi tidak melebihi tiga bulan selepas tarikh di mana syarikat berhak memulakan perniagaannya.

Bab 9 : Keahlian Dan Hak-hak Seorang Ahli



Bab 9 : Keahlian Dan Hak-hak Seorang Ahli

9.0 Definisi ahli

Raja Khairulzaman Shah lwn Zaman Indah Sdn. Bhd. (1979) 2 MLJ 181

Prinsip : seorang pemegang syer tidak semestinya dia adalah seorang ahli di dalam sesebuah syarikat itu, begitu juga sebaliknya seorang ahli di dalam sesebuah syarikat tidak semestinya dia adalah pemegang syer di dalam syarikat tersebut

Terdapat beberapa cara untuk menjadi ahli iaitu : -

  • Mereka yang menjadi penandatangan kepada memorandum, dengan pemerbadanan syarikat tersebut hendaklah disifatkan telah bersetuju untuk menjadi ahli2 syarikat itu. (Sek 16 (6) Akta Syarikat )
  • Mereka yang bersetuju menjadi ahli dengan memberi nama mereka untuk dimasukkan di dalam daftar ahli syarikat hendaklah disifatkan sebagai merupakan ahli syarikat
  • Pengarah yang membuat akujanji untuk mengambil dan membayar syer yang diperuntukkan (qualification shares) kepadanya
  • Pemegang syer yang berdaftar bagi syarikat berhad oleh syer

Bab 8 : Syer & Dividen



Bab 8 : Syer & Dividen

8.1 Syer

8.1.0 Definisi dan ciri-ciri syer

Dalam kes Borland’s Trustee lwn Steel Brothers & Co. Ltd, Farwell J,mentakrifkan syer sebagai kepentingan bagi pemegang syer di dalam sesebuah syarikat, yang mana ianya dapat diukur dengan sejumlah wang bagi tujuan : -

  • Liability / tanggungan
  • Kepentingan
  • Merupakan siri perjanjian bersama di antara pemegang2 syer inter se

Sesebuah syarikat yang dihadkan oleh syer mempunyai modal norminal yang dibahagikan kepada syer di dalam jumlah yang tetap, syer adalah merupakan kepentingan terhadap sejumlah modal syer yang spesifik di dalam sesebuah syarikat. Ertinya, ia adalah sebahagian (nisbah) daripada modal. Ia menunjukkan kepentingan pemegang syer dan liability/ kepentingan semasa syarikat sedang beroperasi dan apabila penggulungan berlaku. Menurut Sek 4 Akta Syarikat mendefinisikan syer sebagai syer dalam syer modal sesebuah perbadanan, termasuk stok kecuali di mana perbezaan di antara stok dan syer dinyatakan/ disiratkan.

Ciri2 sesebuah syer pula dinyatakan di dalam Sek 98 Akta Syarikat, syer2/ lain2 kepentingan mana2 ahli di dalam syarikat hendaklah merupakan harta alih, boleh dipindahkan dengan cara yang diperuntukkan oleh artikel2 persatuan dan tidak boleh merupakan sifat harta tidak alih.

Menurut Sek 99 Akta Syarikat 1965 menyatakan bahawa tiap2 syer di dalam syarikat hendaklah dikenali dengan nombor yang sesuai. Walau bagaimanapun terdapat pengecualiannya terhadap kesemua syer yang dikeluarkan di dalam syarikat atau kesemua syer2 yang dikeluarkan di dalamnya dari kelas yang tertentu adalah dibayar sepenuhnya bolehlah mempunyai nombor yang sama.



Bab 7 : Debentur dan Caj (Gadaian)



Bab 7 : Debentur dan Caj (Gadaian)

7.0 Pengenalan

Salah satu daripada ciri2 entiti terpisah sebuah syarikat ialah syarikat berhak untuk memiliki harta dan membuat apa2 transaksi atas namanya sendiri. Seperti individu yang melibatkan diri dalam perniagaan, syarikat juga perlu mendapatkan modal dan menambah punca kewangannya. Salah satu cara yang boleh dilakukan oleh syarikat untuk mendapatkan modal ialah dengan membuat pinjaman samada daripada bank, institusi kewangan/ daripada mana2 pemiutang.

Kuasa untuk meminjam selalunya dimasukkan di dalam fasal tujuan dan fasal kuasa yang didapati di dalam memorandum syarikat. Jika sekiranya tidak terdapat peruntukan sedemikian, Perkara 13 dan 15 Jadual 3 Akta Syarikat adalah terpakai, di mana diperuntukan bahawa syarikat mempunyai kuasa untuk membuat pinjaman.

Pinjaman boleh dilakukan terhadap orang perseorangan/ institusi kewangan. Selain daripada itu, syarikat juga boleh mendapatkan pinjaman daripada orang ramai dengan cara mengeluarkan/ menerbitkan debenture.

Bab 6 : Artikel Persatuan



Bab 6 : Artikel Persatuan

6.0 Apakah yang dimaksudkan dengan artikel persatuan?

Artikel persatuan ialah suatu dokumen yang menyentuh tentang urusan dalaman sesebuah syarikat iaitu ianya memperuntukan maklumat2 mengenai bagaimana syarikat perlu menjalankan urusannya. Misalnya, ia menyentuh perhubungan di antara pemegang syer sesama pemegang syer yang lain, tentang pengeluaran, perampasan dan pemindahan syer, tentang panggilan, pemindaan modal syer, notis perjalanan mesyuarat, butir2 lantikan, kuasa, tindakan pengarah, akaun, audit, dividen, pinjaman dan penggulungan. Ia juga dikenali sebagai tataurus syarikat.

Tiap2 syarikat melainkan syarikat yang dihadkan menurut syer mestilah mendaftarkan artikel persatuan kepada Pendaftar Syarikat. Ini adalah keperluan di bawah Sek 29 Akta Syarikat. Akta ini juga ada memperuntukan satu set contoh artikel persatuan di dalam Susunan A kepada Jadual Ke-4. Mana2 syarikat adalah bebas meniru sebahagian/ keseluruhan daripadanya. Jika sesebuah syarikat yang dihadkan menurut syer telah tidak mendaftar artikelnya sendiri dengan Pendaftar, maka Susunan A akan terpakai secara automatik.

Bab 5 : Memorandum Persatuan



Bab 5 : Memorandum Persatuan

5.1 Apakah yang dimaksudkan dengan memorandum persatuan?

Memorandum persatuan ialah perlembagaan/ piagam sesebuah syarikat. Kadang kala ia juga disebut sebagai tatawujud syarikat. Memorandum ini ialah suatu dokumen yang wajib di daftarkan dengan Pendaftar Syarikat (ROC). Ini adalah keperluan di bawah peruntukan Sek 16 (5) Akta Syarikat

Jika ada apa2 percanggahan antara peruntukan di dalam memorandum dengan peruntukan artikel persatuan, maka peruntukan di dalam memorandum persatuan lah yang akan diutamakan.

5.2 Ciri-ciri memorandum persatuan

Ø  Ianya perlu dicetak
Ø  Dibahagi mengikut perenggan
Ø  Bertarikh
Ø  Mempunyai sekurang2nya dua penandatangan (Sek 14 (1) Akta Syarikat)

Perkara2 yang perlu dinyatakan di dalam memorandum mengikut Sek 18 (1) Akta Syarikat ialah : -

*      Nama syarikat
*      Objek-objek syarikat
*      Bagi syarikat yang dihadkan oleh syer, nyatakan jumlah syer modal (jika ada)
*      Bagi syarikat berhad menurut syer, nyatakan tanggungan ahli2 adalah terhad
*      Bagi syarikat berhad menurut gerenti, nyatakan tanggungan ahli2 terhad mengikut gerenti yang diberikan
*      Nyatakan nama, alamat dan pekerjaan penandatangan2 memorandum
*      Nyatakan bahawa penandatangan2 memorandum adalah berniat menubuhkan syarikat mengikut peruntukan memorandum tersebut

Bab 3 : Penubuhan Syarikat



Bab 3 : Penubuhan Syarikat

3.0 Penubuhan Syarikat

  1. Nama Syarikat

Perkara pertama yang harus dilakukan untuk menubuhkan syarikat ialah dengan membuat tempahan nama bagi syarikat. Menurut Sek 16 (1) Akta Syarikat 1965, seseorang yang ingin menubuhkan syarikat mestilah menyerahsimpan dengan Pendaftar Syarikat, memorandum dan artikel syarikat (sekiranya ada) yang dicadangkan itu. Syarikat Berhad Oleh Syer mempunyai opsyen untuk menghantar / tidak menghantar artikel persatuannya sendiri. Sekiranya syarikat ini tidak menghantar artikel persatuannya, maka Susunan A jadual 4 akan terpakai automatic

Sementara itu Sek 18 (1) Akta Syarikat 1965, menyatakan bahawa nama syarikat hendaklah dinyatakan di dalam memorandum persatuan

Menurut Sek 22 (6) Akta Syarikat 1965, sebelum sesebuah syarikat ingin didaftarkan, syarikat tersebut mestilah membuat tempahan nama terlebih dahulu di pejabat Pendaftar Syarikat. Sek 22 (7) pula menyatakan jika Pendaftar berpuashati tentang bona fide permohonan itu dan nama itu boleh didaftar tanpa melanggar subseksyen (1), dia hendaklah menrizabkan nama yang dicadangkan untuk tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan diserahsimpan.

Mengikut kelazimannya, mahkamah tidak akan campur tangan berhubung dengan tempahan nama syarikat. Ini adalah kerana Pendaftar Syarikat mempunyai kuasa samada untuk menerima tempahan atau menolak temapahan nama syarikat yang dibuat. Namun begitu, sekiranya keputusan yang diambil oleh Pendaftar Syarikat menyalahi peruntukan undang2 / Pendaftar dipengaruhi oleh unsur2 yang bersalahan dengan undang2 semasa membuat keputusan berhubungan dengan penerimaan dan penolakkan tempahan nama syarikat ini, barulah mahkamah akan campur tangan.

Sek 4 Akta Syarikat memberikan definisi syarikat sebagai syarikat yang ditubuhkan menurut Akta ini atau mengikut mana2 enakmen yang sama pada masa lalu.

Kuasa dan liability syarikat sebaik sahaja selepas penubuhannya ialah, ia mempunyai entity berasingan dari orang2 yang menubuhkannya. Dalam kebanyakkan keadaan, syarikat diiktiraf oleh undang2 sebagai mempunyai kuasa dan liability sebagai seorang individu.

Bab 2 : Kontrak Pra-Perbadanan



Bab 2 : Kontrak Pra-Perbadanan

2.0 Pra-Perbadanan syarikat

Kita boleh melihat masalah transaksi/ kontrk2 yang dilaksanakan sebelum penubuhan sesebuah syarikat itu dari dua aspek iaitu kesan undang2 dari perspektif undang2 Inggeris dan peruntukan di bawah Akta Syarikat 1965

2.1 Transaksi (kontarak-kontrak) Pra-Perbadanan Syarikat di bawah Undang-undang Inggeris (Common Law)

Menurut Common Law, sesebuah syarikat tidak akan bertanggungan terhadap kontrak-kontrak yang dimasuki oleh syarikat tersebut sebelum pembentukan/penubuhannya.

Ini disebabkan tiada principal yang akan bertanggungan terhadap semua perbuatan, tindakan ejennya kerana pada masa itu syarikat masih lagi belum wujud. Pihak yang memasuki kontrak bagi pihak syarikat juga tidak boleh mengakui dirinya sebagai ejen. Di samping itu di bawah Common Law, pengesahan juga tidak boleh dibuat terhadap kontrak yang dimasuki sebelum sesebuah syarikat ditubuhkan.

Bab 1 : Pengenalan Undang-undang Syarikat



Bab 1 : Pengenalan Undang-undang Syarikat

1.0  Definisi Syarikat

Di Malaysia, terdapat 3 jenis organisasi perniagaan iaitu :
a.       Perniagaan tunggal
b.      Perkongsian
c.       Syarikat

Perniagaan tunggal dan perkongsian adalah merupakan perniagaan yang tidak diperbadankan manakala syarikat pula adalah merupakan perniagaan yang diperbadankan.

Syarikat adalah merupakan 1 perbadanan yang menjalankan perniagaan untuk tujuan perdagangan dan perindustrian. Menurut Sek 4, Akta Syarikat 1965 syarikat adalah syarikat yang diperbadankan mengikut Akta Syarikat 1965 atau mana2 anakmen sebelumnya yang berkaitan. Ertinya sesebuah syarikat itu hanya tertubuh apabila ianya didaftarkan di Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965